Rabu, 13 April 2011

Pertandingan Bola Tampar Zon KDSR4 Hulu Terengganu

Isnin 11 April 2011, SK Kuala Telemong telah menyertai Pertandingan Bola Tampar Zon KDSR4 Hulu Terengganu di SK Matang. Tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki SK Kuala Telemong kerana menjadi naib johan dan mewakili Zon KDSR4 untuk peringkat daerah Hulu Terengganu.





Pertandingan Bola Baling Zon KDSR4 Hulu Terengganu

Khamis 7 April 2011, SK Kuala Telemong telah menyertai Pertandingan Bola Baling Zon KDSR4 Hulu Terengganu di SK Binjai kertas. Tahniah kepada pasukan bola baling perempuan SK Kuala Telemong kerana menjadi naib johan dan mewakili Zon KDSR4 untuk peringkat daerah Hulu Terengganu.

Program Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan KDSR4

Rabu 6 April 2011, SK Kuala Telemong telah menyertai Program Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan KDSR4 Hulu Terengganu di SK Matang. Tahniah kepada pasukan Smart English SK Kuala Telemong kerana menjadi johan dan mewakili Zon KDSR4 untuk peringkat daerah Hulu Terengganu.




Isnin, 4 April 2011

Program Smart English YDSM Peringkat Sekolah

Selasa, 29 Mac 2011. Smart English YDSM Program peringkat sekolah telah diadakan untuk memilih pasukan bagi pertandingan ke peringkat Zon KDSR4 di SK Matang.








Kejohanan Bola Jaring KDSR4

Rabu, 23 Feb 2011. Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon KDSR4 telah diadakan di SK. Kuala Telemong. Tahniah kepada pasukan bola jaring SK Kuala Telemong kerana menjadi naib johan dan mewakili zon KDSR4 untuk peringkat daerah daerah Hulu Terengganu.



Kejohanan Bola Sepak KDSR4



Rabu, 23 Feb 2011. Kejohanan Bola sepak Peringkat Zon KDSR4 telah diadakan di SK.Getang. Kejohanan tersebut melibatkan 11 buah sekolah yang bertanding. SK. Kuala Telemong juga tidak ketinggalan menghantar pasukan bola sepak untuk menyertai kejohanan tersebut.











Banjir Kilat Mac 2011