Khamis, 29 September 2011

Tawaran Sebutharga Kantin Sek. Keb. Kuala Telemong Bagi Tempoh 1 Jan 2012 - 30 Nov 2013

Kod Sebut Harga:                           .              
Ruj. Kami    :  SKKT/08/09/002/( 51 )
Tarikh              :  26 September 2011
TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TELEMONG, 21210 KUALA TERENGGANU
BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2012 HINGGA 30 NOVEMBER 2013

1.                   Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun (23 bulan), mulai dari 1 JANUARI 2012 hingga 30 NOVEMBER 2013.
2.                   Sebutharga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 35 cm X 25 cm dan bertanda “SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan, hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 30 OKTOBER 2011  Jam 12.00 Tengahari.
3.                   Setiap sebutharga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 (Ringgit : Satu ratus sahaja) dalam bentuk wang kiriman pos/draf bank atas nama GURU BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TELEMONG. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon yang tidak berjaya. Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah dari 05 OKTOBER  2011 hingga 26 OKTOBER 2011  pada waktu pejabat.

            Jumlah anggaran murid untuk tahun 2012 adalah seperti berikut :-

            Jumlah murid Melayu         =       300 orang.
            Jumlah guru                      =       30  orang
            Jumlah kakitangan             =       15   orang
                                                           
4.                   Penender Kantin mestilah mempunyai Lesen Perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Perniagaan.
5.                   Wang Pertaruhan Tidak akan dikembalikan sekiranya penender yang berjaya menolak dengan serta-merta tawaran setelah menerima surat kelulusan tawaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
6.                   Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

‘Melestarikan Pendidikan Terbilang’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


……………………………….
(RASHID BIN YAHYA )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong,     
21210 Kuala Telemong, Kuala Terengganu.

S.k: - Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.
         (up: Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)
       - Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu,
         Pejabat Daerah Hulu Terengganu.


Khamis, 22 September 2011

Hari Pusat Sumber Sekolah

20 September 2011, Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Hari Pusat Sumber Sekolah dengan berbagai aktiviti seperti kuiz, jualan lelong, tayangan video dan lain-lain lagi.


























Selasa, 20 September 2011

Permohonan Online Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

Untuk makluman semua, Permohonan Online Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh diisi sebelum 15 Oktober 2011. Sila klik alamat yang disertakan untuk urusan yang berkaitan --->http://apps.moe.gov.my/sbpt1/2011/

Sabtu, 17 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 Warga SKKT Bersama PIBG SKKT

17 September 2011, pihak sekolah dan PIBG mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara warga sekolah dan ibubapa.