Ahad, 20 November 2011

Keputusan UPSR 2011 Murid-Murid SKKT

17 November 2011, Keputusan UPSR 2011 telah keluar, 6 orang murid tahun 6 telah berjaya mendapat straight A(5A) pada tahun ini. Dengan kecemerlangan mereka, pada hari yang sama juga mereka telah dihadiahkan dengan hadiah istimewa dari pihak sekolah dan PIBG.













Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga SKKT Di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu

15 November 2011, Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga SKKT telah diadakan di Sumai Suite Hotel,Kuala Terengganu.























                                               


Khamis, 17 November 2011

Pengumuman Keputusan UPSR 2011

17 November 2011, keputusan UPSR bagi tahun 2011 diumumkan pada hari ini. Calon murid UPSR boleh menyemak keputusan UPSR 2011 melalui SMS bermula 17 November 2011 mulai pukul 10 pagi menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November. Anda hanya perlu menaip UPSR[jarak]AngkaGiliran dan SMS ke15888. 


Di harap semua murid akan mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan seperti mana yang diharapkan. Bagi yang gagal pula, jangan putus asa kerana perjalanan perjuangan masih lagi jauh dan peluang untuk bangkit masih lagi ada.

Hari Kecemerlangan SKKT 2011

16 November 2011, pihak sekolah telah mengadakan Hari Kecemerlangan SKKT 2011 dengan jayanya untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan murid-murid dari segi kurikulum dan kokurikulum. Majlid in dirasmikan oleh Encik Azeman bin Othman, Pegawai Khas Fasi Linus PPD Hulu Terengganu. Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.