Kod
Sebut Harga: .
Ruj.
Kami :
SKKT/08/09/002/( 51 )
Tarikh : 26 September 2011
TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TELEMONG, 21210 KUALA
TERENGGANU
BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2012 HINGGA 30
NOVEMBER 2013
1.
Tawaran
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan
kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun (23 bulan), mulai dari 1 JANUARI 2012 hingga 30 NOVEMBER 2013.
2.
Sebutharga
hendaklah dihantar di dalam sampul surat
berukuran 35 cm X 25 cm dan bertanda “SEBUTHARGA
KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen
lain yang berkaitan, hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 30 OKTOBER
2011 Jam 12.00 Tengahari.
3.
Setiap
sebutharga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 (Ringgit : Satu ratus sahaja) dalam bentuk wang
kiriman pos/draf bank atas nama GURU
BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TELEMONG.
Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang
pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon yang tidak berjaya.
Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di
pejabat sekolah dari 05 OKTOBER 2011 hingga 26 OKTOBER 2011 pada waktu pejabat.
Jumlah anggaran murid untuk tahun 2012 adalah seperti berikut :-
Jumlah murid Melayu = 300
orang.
Jumlah guru = 30
orang
Jumlah kakitangan = 15
orang
4.
Penender
Kantin mestilah mempunyai Lesen Perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan
Pendaftaran Perniagaan.
5.
Wang
Pertaruhan Tidak akan dikembalikan sekiranya penender yang berjaya
menolak dengan serta-merta tawaran setelah menerima surat kelulusan tawaran dari Pejabat
Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
6.
Keputusan
Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan.
Sekian, terima kasih.
‘Melestarikan Pendidikan Terbilang’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
……………………………….
(RASHID BIN YAHYA )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong,
21210 Kuala Telemong, Kuala Terengganu.
S.k: - Tuan Pengarah Pelajaran
Negeri Terengganu.
(up: Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan)
- Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu
Terengganu,
Pejabat
Daerah Hulu Terengganu.