Sejarah Sekolah



     Dibina pada akhir tahun 1944 secara bergotong - royong di tebing sungai Telemong dengan berukuran 20 kaki x 40 kaki dengan beratapkan daun nipah dan sagu,berdinding dan berbangku buluh yang di cincang dan berlantaikan bumi.Disiapkan dalam masa 2 bulan.murid pertama seramai 12 orang yang berumur antara 7 hingga 13 tahun.

    Pada tahun 1949 setelah bangunan lama roboh, sekolah 2 tingkat dibina di tapak sekarang dengan mengubah suai rumah Mek Ah Chang dari kampung Pelam dengan harga RM100.00 hasil sumbangan orang ramai yang dikenali "SEKOLAH RAKYAT KUALA TELEMONG".Murid pada masa ini seramai 80 orang. Bangunan digunakan sehingga tahun 1969.

Guru yang mula-mula berkhidmat disini ialah;-
1. En.Abu Bakar bin Mohamad (Guru Besar)               1945-1947
2. En.Abdullah bin Mohamad (Guru Besar)                  1947-1948
3. En.Ibrahim bin Abdullah                                           1948-1950
4. En.Abd Samad bin Long                                          1948-1950

    Bangunan tambahan Blok 'C' dan kantin lama ( dijadikan Bilik Mesyuarat Seri Bina ) sekarang mula dibina pada tahun 1967 dan murid melebihi 100 orang iaitu dari Kampung Kuala Telemong, Kampung Kubang Palas, Kampung Pelam, Kampung Mesah, Kampung Lubuk Batu dan Kampung Pasir Tinggi. Ini bermula era persekolahan moden. Sekarang Terdapat 2 blok bangunan 2 tingkat, 1 blok separuh kekal dan 1 blok bangunan segera serta kantin baru,surau dan 4 buah rumah guru.
   
   Terdapat 1 Guru Besar,3 Guru penolong Kanan, 24 Orang guru, 1 Guru pra sekolah, 1 Pembantu pengurusan murid ( Pra Sekolah ), 3 Guru J-QAF, 2 Pembantu Tadbir, 1 PAR dan 1 Jaga.3 Pengawal keselamatan swasta dan 5 pekerja kebersihan swasta.