Kata Aluan Guru Besar

 EN.ISMAIL BIN ABDULLAH 
                                         GURU BESAR                                                          
 SK.KUALA TELEMONG

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.....

"Sesungguhnya Allah  Tidak Mengubah Apa Yang Ada Pada Sesuatu Kaum Sehingga Mereka Mengubah Apa Yang Ada  Pada Diri Mereka Sendiri".......surah  Ar-Arad, Ayat 11.

Tuan/Puan warga SKKT yang dihormati,dikasihi dan di rahmati Allah sekalian.

Pendidikan Terengganu adalah milik warga   pelajaran. Marilah kita sama - sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan dan persekolahan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda " Terengganu Negeri Anjung Ilmu " yang berkonsepkan "1Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan "

Saya memohon seluruh warga SKKT mendoakan saya supaya menjadi seorang ketua yang amanah, jujur dan ikhlas dalam memimpin pendidikan SKKT. Semoga pendidikan SKKT sentiasa dirahmati, diberkati,diampuni dan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Marilah kita dengan penuh komitmen dan dedikasi bersama-sama merealisasikan NKRA, Kementerian Pendidikan Malaysia dan KPI SKKT.

Selamat menyambut tahun baru,tahun 2011. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Marilah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dipanjangkan umur dan sihat sejahtera untuk meneruskan kerja buat kita untuk mencapai hasrat "Menlestarikan Pendidikan Terbilang".

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dilantik menjadi ahli jawatankuasa sebagaimana yang tersenarai didalam buku panduan pengurusan 2011.

Fokus utama kita tahun ini adalah untuk terus mengekalkan dan meningkatkan prestasi sekolah terutama pencapaian UPSR, yang merupakan penanda aras kekuatan dan kelemahan sesebuah sekolah. Di samping itu, kita juga akan meningkatkan prestasi pencapaian LINUS.

Oleh itu, dengan perlantikan saya ini menyeru kepada diri saya sendiri dan tuan/puan untuk memberi komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab kita. Marilah kita sama-sama memikul amanah yang telah diberikan kepada kita dengan penuh keikhlasan..

Akhir kata, marilah kita bersama - sama berdoa semoga Allah memberi cahaya petunjuk dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang kerjaya perguruan yang kita cintai ini...Amin..

Sekian, terima kasih.

WASSALLAM...