Jumaat, 7 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran Murid-murid Tahun 6 SK.Kuala Telemong 2011

6 Oktober 2011, sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Kuala Telemong sempena khatamnya Al-Quran bagi murid-murid tahun 6 sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah pada tahun depan. Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Haji Rozi Bin Mamat, Adun Kuala Telemong dan Exco Belia & Sukan Negeri Terengganu. Semoga majlis ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.