Khamis, 17 November 2011

Pengumuman Keputusan UPSR 2011

17 November 2011, keputusan UPSR bagi tahun 2011 diumumkan pada hari ini. Calon murid UPSR boleh menyemak keputusan UPSR 2011 melalui SMS bermula 17 November 2011 mulai pukul 10 pagi menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November. Anda hanya perlu menaip UPSR[jarak]AngkaGiliran dan SMS ke15888. 


Di harap semua murid akan mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan seperti mana yang diharapkan. Bagi yang gagal pula, jangan putus asa kerana perjalanan perjuangan masih lagi jauh dan peluang untuk bangkit masih lagi ada.